Thursday, September 30, 2010

Makna Tafsir

MAKNA TAFSIR 

Pada lughat Tafsir ialah menerangkan  dan menyatakan.

Pada Istilah Mufassirin Tafsir  ialah yang dibahaskan daripada segala kitab yang mulia daripada segala perkaranya , adabnya , sandarannya, lafaznya dan maknanya yang bergantung dengan hukum dan lain-lain.

Al-Imam Sayuthi رحمه الله  menyebutkan bahawa makna tafsir  ialah yang dibahaskan padanya daripada kaifiat bertutur dengan lafaz Quran , madlulnya (ertinya) dan hukumnya yang mufrad (tunggal) dan yang bersusun.

Abdullah bin `Abbas رضى الله عنهما  berkata : Tafsir itu empat (4) wajah (macam):
  • Tafsir yang mengetahui oleh Arab akan bahasanya.  
  • Tafsir yang tidak uzur seseorang dengan jahilnya (mesti mengetahui)
  • Tafsir yang mengetahui akan dia oleh `ulama.
  • Tafsir yang tidak mengetahui akan dia melainkan Allah  سبحانه وتعالي




Sunday, September 26, 2010

SURAH AL-FATIHAH: Intro

SURAH AL-FATIHAH: Intro: "MEMUDAHKAN PADA MENTAFSIR SURAH AL-FATIHAH((( Bagi Al-Marhum As-Syeikh `Abdul Rasyid bin Al-Marhum Al-`Alamah As-Syiekh Muhammad Sa`id bin ..."

Muqaddimah

MUQADDIMAH

Tiap-tiap muslimin dan muslimat di-fardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam yang wajiblah padanya membaca Fatihah yang mana wajiblah baginya mempelajari Ilmu Tajwid supaya membetul dan mengelok pada membaca Al-Quranul `Adzim. Dan eloklah mengetahui tafsir makna fatihah; mudah-mudahan khusu` dan khudhu` bagi Allah Taala di dalam sembahyang.



Pengenalan Risalah

MEMUDAHKAN PADA MENTAFSIR SURAH AL-FATIHAH
(Bagi Al-Marhum As-Syeikh `Abdul Rasyid bin Al-Marhum Al-`Alamah As-Syiekh Muhammad Sa`id bin As-Syeikh Jamalauddin.)

بسم الله الرحمن ألرحيم

Bermula segala puji bagi Allah Ta`ala yang menurunkan kitab menyatakan bagi tiap-tiap suatu dan mehidayatkan dan merahmatkan bagi sekalian alam daripada manusia dan jin. Selawat dan salam atas penghulu dan tuan kami Muhammad صلي الله عليه وسلم  yang mempunyai syafa`at pada hari yang kemudian.

Tujuan blog ini di hasilkan adalah semata-mata menyampaikan ilmu dan kerana takut masuk pada perkataan Nabi صلي الله عليه وسلم  *^* Barangsiapa di tanyakan dia daripada ilmu maka menyembunyikan ia nescaya di kangkang dengan kangkangan api pada hari Qiamat *^* dan kerana tamakkan pada pahala dan kurnia Allah Ta`ala serta untok simpanan amal jeriah.


والله أ علم