MAKNA TAFSIR
Pada Istilah Mufassirin Tafsir ialah yang dibahaskan daripada segala kitab yang mulia daripada segala perkaranya , adabnya , sandarannya, lafaznya dan maknanya yang bergantung dengan hukum dan lain-lain.
Al-Imam Sayuthi رحمه الله menyebutkan bahawa makna tafsir ialah yang dibahaskan padanya daripada kaifiat bertutur dengan lafaz Quran , madlulnya (ertinya) dan hukumnya yang mufrad (tunggal) dan yang bersusun.
Abdullah bin `Abbas رضى الله عنهما berkata : Tafsir itu empat (4) wajah (macam):
- Tafsir yang mengetahui oleh Arab akan bahasanya.
- Tafsir yang tidak uzur seseorang dengan jahilnya (mesti mengetahui)
- Tafsir yang mengetahui akan dia oleh `ulama.
- Tafsir yang tidak mengetahui akan dia melainkan Allah سبحانه وتعالي