Sunday, October 17, 2010

Kaifiyat Turun Quran

KAIFIYAT TURUN QURAN


Bersalahan  `ulama-`ulama padanya, adakah turunnya dengan lafadz dan makna atau makna sahaja.

  • Pendapat yang menyatakan turunnya dengan lafadz dan makna :
`` Bahawasanya Jibrail ( عليه السلام )   hafadz Quran daripada Luh Mahfudz dan turun ia dengannya, qaul ini yang tahqiq ``

  • Pendapat yang menyatakan turunnya dengan makna sahaja :
`` Jibrail turunkan dengan makna sahaja dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) mengetahui ia makna dan mengibaratkan ia daripada makna itu dengan Bahasa `Arab ``

Berpeganglah oleh qaul yang berkata ini dengan zahir Firman Allah Ta`ala :

(نزل به الروح الأمين على قلبك) 

Artinya : Turunlah dengannya Ruhul Amin (Jibrail) atas hati engkau
(محمد صلى الله عليه وسلم ).

Lama turunnya atas Nabi  (صلى الله عليه وسلم)  selama dua puluh tiga (23) tahun, kata qaul yang lemah dua puluh lima (25) tahun.



 والله أعلم

No comments:

Post a Comment