Friday, October 1, 2010

Makna Quran

MAKNA QURAN

  • Pada Lughat :
    • Himpunkan kerana ia menghimpunkan segala hukum, yang terlebih melengkapi daripada segala kitab yang Allah Ta`ala turunkan daripada langit yang tiadalah Allah Ta`ala tinggalkan didalamnya walaupun sabesar zarrah saperti Firman Allah Ta`ala yang ertinya:
      • Tiadalah kami tinggalkan pada Quran daripada sesuatu.

  • Pada Istilah :
    • Lafaz yang diturunkan atas Nabi kita Muhammad  (صلي الله عليه وسلم) yang diibadatkan membaca akan dia, yang melemahkan, menjadi mukjizat dengan satu surah daripadanya.
      • Tidak ada Nabi yang Allah Ta`ala bangkitkan atas zamannya dan kaumnya melainkan dengan mendatangkan mukjizat yang melemahkan dan mengalahkan ahli-ahli pada masa itu saperti :
        • Nabi Musa (عليه الصلاة وسلام ) dengan kaumnya yang bermegah-megah dan berlawan-lawan sihir.
        • Demikian juga Nabi Esa (عليه الصلاة وسلام ) dibangkitkan pada masa tabib yang pandai-pandai.
        • Dan demikian juga Nabi Muhammad (صلي الله عليه وسلم) dibangkitkan pada masa orang-orang Arab bermegah-megah dengan fasahah (fasih) dan balaghah.
Maka adalah semuanya itu mukjizat bagi Nabi (صلي الله عليه وسلم) yang berkekalanlah  ia hingga sampai akhir zaman dengan melemahkan yang bijak-bijak daripada syu`ara (segala syair) Arab hendak membuat sapertinya walaupun satu surah daripadanya. Tambahan pula mukjizat yang ada daripadanya mengkhabarkan dan menceritakan kisah-kisah yang telah lalu daripada beribu-ribu tahun dan yang akan datang dengan tidak syak lagi orang-orang Arab yang bijak-bijak tidak boleh mendatangkan saperti susunan lafaznya dan fasih sapertinya.
Firman Allah Ta`ala yang ertinya:
Dan jikalau kamu sekelian  syak daripada barang yang kami turunkan atas hamba kami (Muhammad صلي الله عليه وسلم) maka hendaklah kamu datangkan dengan satu surah sapertinya dan serukan saksi-saksi kamu lain daripada Allah Ta`ala jika kamu itu benar. (Jika engkau orang yang bijak buatlah sapertinya).

Orang yang saperti kamu sekalian orang yang bijak tidak boleh membuat saperti ini betapakah dengan sangkaan kamu Muhammad (صلي الله عليه وسلم) yang mereka-reka, walhal ia tidak tahu membacadan menulis dan tidak pula mendengar-dengar daripada `ulama dan ahbar-ahbar dan rahib-rahib. Dengan hal yang demikian tidak boleh tidak mestilah Quran ini turunnya daripada Allah Ta`ala yang menurunkan atas Nabi Muhammad (صلي الله عليه وسلم). 

Firman Allah Ta`ala lagi yang ertinya:
Katakan olehmu ya Muhammad sesungguhnya jika berhimpun manusia dan jin untok mendatangkan mereka itu saperti Quran ini nescaya tidak mendatangkan mereka itu sapertinya walaupun satengah mereka itu bertolong-tolongan dengan yang satengahnya.

(post akan datang : KAIFIAT TURUN QURAN--Sila ikuti terus)


No comments:

Post a Comment