Wednesday, October 20, 2010

Turunnya Surah Al-Fatihah

DI MANAKAH SURAH AL-FATIHAH DITURUNKAN?

Terdapat empat (4) qaul yang menyatakan mengenai Surah Al-Fatihah diturunkan, saperti yang digariskan didalam kitab MEMUDAHKAN PADA MENTAFSIR SURAH AL-FATIHAH iaitu :

  1. Qaul yang terlebih banyak berpendapat Al-Fatihah turunnya di Mekah Al-Musyarafah. Hal ini dikatakan oleh sabesar-besar `alim pada tafsir. Qaul ini terlebih sah kerana dengan tetap nash daripada `Abdullah bin `Abbas (رضي الله عنهما).
  2. Qaul ini berpendapat Al-Fatihah turunnya di Madinah Al-Munawarah.
  3. Qaul yang dhaif berpendapat Al-Fatihah diturunkan sebanyak dua (2) kali.  Pertama kali diturunkan di Mekah Al-Musyarafah waktu difardhukan sembahyang dan kali kedua diturunknan di Madinah Al-Munawarah waktu dipalingkan qiblat daripada Baitul Maqdis  kepada Baitullah Al-Haram.  Dengan sebab inilah Al-Fatihah dinamakan Mathani.(مثأني)
  4. Qaul ini berpendapat setengah daripada  surah ini  turunnya di Mekah Al-Musyarafah dan satengahnya turun di Madinah Al-Munawarah.


والله أعلم

No comments:

Post a Comment