Makna Tafsir


MAKNA TAFSIR 

Pada lughat Tafsir ialah menerangkan  dan menyatakan.

Pada Istilah Mufassirin Tafsir  ialah yang dibahaskan daripada segala kitab yang mulia daripada segala perkaranya , adabnya , sandarannya, lafaznya dan maknanya yang bergantung dengan hukum dan lain-lain.

Al-Imam Sayuthi رحمه الله  menyebutkan bahawa makna tafsir  ialah yang dibahaskan padanya daripada kaifiat bertutur dengan lafaz Quran , madlulnya (ertinya) dan hukumnya yang mufrad (tunggal) dan yang bersusun.

Abdullah bin `Abbas رضى الله عنهما  berkata : Tafsir itu empat (4) wajah (macam):
  • Tafsir yang mengetahui oleh Arab akan bahasanya.  
  • Tafsir yang tidak uzur seseorang dengan jahilnya (mesti mengetahui)
  • Tafsir yang mengetahui akan dia oleh `ulama.
  • Tafsir yang tidak mengetahui akan dia melainkan Allah سبحانه وتعالي